Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ أشرارَ أُمَّتِي أَجْرَؤُهُم على صَحَابَتِي.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya seburuk-buruk umatku ialah mereka yang berani mencela para sahabatku.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 124, hadis no. 632. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة رضي الله عنها مرفوعا: إن اشرارَ أمتي اجرؤهم على صحابتي. [عد، حل، الضعيفة (6363)]
(Palsu) Daripada ‘Āishah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW) : Sesungguhnya seburuk-buruk umatku ialah mereka yang berani mencela para sahabatku.[Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil, Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6363]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman