Sesungguhnya seburuk-buruk tempat manusia pada hari kiamat adalah seorang lelaki yang mengetahui rahsia terhadap isterinya

TEKS BAHASA ARAB

إن من أشر الناس عند الله منزلة يوم القبامة: الرجل يفضي إلى امرأته، وتفضي إليه، ثم ينشر سرها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seburuk-buruk tempat manusia pada hari kiamat adalah seorang lelaki yang mengetahui rahsia terhadap isterinya, dan isterinya juga begitu, kemudian dia menyebarkan rahsianya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 953, hadis nombor 4917. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله ﷺ: إن من أشر الناس عند الله منزلة يوم القبامة: الرجل يفضي إلى امرأته، وتفضي إليه، ثم ينشر سرها.
[ش، م، حل، ((الضعيفة))(5825)].

(Lemah)
Diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri RA telah berkata: Sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya seburuk-buruk tempat manusia pada hari kiamat adalah seorang lelaki yang mengetahui rahsia terhadap isterinya, dan isterinya juga begitu, kemudian dia menyebarkan rahsianya.
[Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf, Sahih Muslim dan Al-Hulyah oleh Abi Nu’aim. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5825].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs