Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ مِنَ أَشَرِّ الناسِ عندَ اللهِ مَنزِلَةً يومَ القبامةِ: الرجُلَ يُفُضِي إلى امرأته، وتفضي إليه، ثم ينشر سرها.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya seburuk-buruk tempat manusia pada hari kiamat adalah seorang lelaki yang mengetahui rahsia terhadap isterinya, dan isterinya juga begitu, kemudian dia menyebarkan rahsianya.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 953, hadis no. 4917. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله ﷺ: إن من أشر الناس عند الله منزلة يوم القبامة: الرجل يفضي إلى امرأته، وتفضي إليه، ثم ينشر سرها. [ش، م، حل، الضعيفة(5825)].
(Lemah) Diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri RA telah berkata: Sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya seburuk-buruk tempat manusia pada hari kiamat adalah seorang lelaki yang mengetahui rahsia terhadap isterinya, dan isterinya juga begitu, kemudian dia menyebarkan rahsianya. [Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf, Sahih Muslim dan Al-Hulyah oleh Abi Nu’aim. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5825].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman