Sesungguhnya seburuk-buruk riwayat adalah berbohong

TEKS BAHASA ARAB

إن شرار الروايات روايات الكذب ولا يصلح من الكذب جد ولا هزل ولا يعد الرجل ابنه ثم لا ينجز له. إن الصدق يهدي إلى البر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seburuk-buruk riwayat ialah riwayat bohong dan tidak boleh berbohong dalam perkara serius mahupun ketika berjenaka. Janganlah seorang lelaki itu berjanji kepada anaknya, kemudian dia tidak menunaikan janji tersebut. Sesungguhnya kejujuran itu membawa kepada kebaikan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 124, hadis nombor 633. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن مسعود رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إنَّ شِرَارَ الرَّوَايَات رَوايات الْكَذِبُ وَلا يَصْلُحُ مِنَ الْكَذِبِ جِدٌّ وَلا هَزْلٌ وَلا يَعِد الرَّجُلُ ابنَه ثمَ لا يُنْجِزُ لهُ إِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ. [الدارمي في سننه، الضعيفة (6323)]

(Lemah) Daripada ‘Abdullah ibn Mas‘ūd RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya seburuk-buruk riwayat ialah riwayat bohong dan tidak boleh berbohong dalam perkara serius mahupun ketika berjenaka. Janganlah seorang lelaki itu berjanji kepada anaknya, kemudian dia tidak menunaikan janji tersebut. Sesungguhnya kejujuran itu membawa kepada kebaikan. [Diriwayatkan oleh al-Dārimī dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6323]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs