Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya seburuk-buruk manusia di sisi Allah adalah mereka yang dimuliakan oleh orang ramai kerana mereka takutkan kejahatannya

Teks Bahasa Arab

إنَّ شِرارَ الناسِ عند اللهِ الذين يُكْرَمُونَ اتقاءَ شَرِّهم.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya seburuk-buruk manusia di sisi Allah adalah mereka yang dimuliakan oleh orang ramai kerana mereka takutkan kejahatannya.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 124, hadis no. 634. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه مرفوعا: إنَّ شِرارَ الناسِ عند اللهِ الذين يُكْرَمُونَ اتقاءَ شَرِّهم. [ابن عبد البر في التمهيد، الضعيفة (6362)]

(Palsu) Daripada ‘Ali ibn Abū Ṭālib RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya seburuk-buruk manusia di sisi Allah adalah mereka yang dimuliakan oleh orang ramai kerana mereka takutkan kejahatannya. [Riwayat Ibn ‘Abd al-Bar dalam al-Tamhīd. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6362]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.