Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya sebenar-benar bakhīl (orang yang kedekut) ialah seseorang yang (apabila) disebut namaku di sisinya, namun dia tidak berselawat ke atasku

Teks Bahasa Arab

إِنَّ الْبَخِيلَ كل الْبَخِيلِ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya sebenar-benar bakhīl (orang yang kedekut) ialah seseorang yang (apabila) disebut namaku di sisinya, namun dia tidak berselawat ke atasku.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 148, hadis no. 748. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((إن البخيل كل البخيل من ذكرت عنده فلم يصل علي.)). [هب، ((الضعيفة)) (7070)]

(Daif) Daripada Abū Hurayrah RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya sebenar-benar bakhīl (orang yang kedekut) ialah seseorang yang (apabila) disebut namaku di sisinya, namun dia tidak berselawat ke atasku. [Riwayat al-Bayhaqī dalam al-Shu‘ab. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7070]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.