Sesungguhnya sebaik-baik pemimpin Quraisy adalah sebaik-baik pemimpin manusia

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن خيار أئمة قريش خيار أئمة الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya sebaik-baik pemimpin Quraisy adalah sebaik-baik pemimpin manusia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 846, hadis nombor 4338. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أمامة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن خيار أئمة قريش خيار أئمة الناس)).
[طب، العراقي في ((محجة القرب))، ((الضعيفة)) (5871)]

(Lemah) Daripada Abū Umāmah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya sebaik-baik pemimpin Quraisy adalah sebaik-baik pemimpin manusia.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan al-‘Irāqī dalam Maḥajjah al-Qurab Ilā Maḥabbah al-‘Arab. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5871]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.