Sesungguhnya sebaik-baik manusia dalam pembacaan al-Qur'an adalah individu yang apabila dia membaca (al-Quran), dia menangis

TEKS BAHASA ARAB

إن أحسن الناس قراءة: من إذا قرأ، يتحزن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya sebaik-baik manusia dalam pembacaan al-Qur’an adalah individu yang apabila dia membaca (al-Quran), dia menangis.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1579, hadis nombor 7990. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن أحسن الناس قراءة: من إذا قرأ، يتحزن)). [طب، حل، ((الضعيفة))(6512)].

(Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya sebaik-baik manusia dalam pembacaan al-Qur’an adalah individu yang apabila dia membaca (al-Quran), dia menangis.))
[Riwayat al-Ṭabarānī di dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan Abī Nu‘aym di dalam kitab al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, 6512].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.