Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ أحسنَ الناسِ قراءَةً ، من إذا قرأَ يتحزَّنُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya sebaik-baik manusia dalam pembacaan al-Qur'an adalah individu yang apabila dia membaca (al-Quran), dia menangis.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1579, hadis no. 7990. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن أحسن الناس قراءة: من إذا قرأ، يتحزن)). [طب، حل، ((الضعيفة))(6512)].
(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya sebaik-baik manusia dalam pembacaan al-Qur'an adalah individu yang apabila dia membaca (al-Quran), dia menangis.)) [Riwayat al-Ṭabarānī di dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan Abī Nu‘aym di dalam kitab al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, 6512].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman