TEKS BAHASA ARAB
إن أحسن الحسن الخلق الحسن.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya sebaik-baik kebaikan adalah akhlak yang baik.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 18, hadis nombor 32. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن الحسن بن علي – رضي الله عنهما – أن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((إن أحسن الحسن الخلق الحسن)).
[أبو بكر الطرثيثي في ((مسلسلاته))، القضاعي، ((الضعيفة)) (768)]
(Palsu) Daripada al-Hasan bin Ali RA bahawa Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya sebaik-baik kebaikan adalah akhlak yang baik.
[Riwayat Abu Bakr al-Tharisisi dalam Musalsalatihi, al-Qudha’i. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.768]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.