Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ أحسنَ الحُسنِ الخلُقُ الحسنُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya sebaik-baik kebaikan adalah akhlak yang baik.
Sahabat Perawi
- al-Hasan bin Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 18, hadis no. 32. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن الحسن بن علي - رضي الله عنهما - أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: ((إن أحسن الحسن الخلق الحسن)). [أبو بكر الطرثيثي في ((مسلسلاته))، القضاعي، ((الضعيفة)) (768)]
(Palsu) Daripada al-Hasan bin Ali RA bahawa Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya sebaik-baik kebaikan adalah akhlak yang baik. [Riwayat Abu Bakr al-Tharisisi dalam Musalsalatihi, al-Qudha’i. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.768]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman