TEKS BAHASA ARAB
إنّ أحَبَّ مَا يَقولُ العَبْدُ إِذا اسْتَيْقَظَ مِنْ نَوْمِهِ سُبْحان الَّذي يُحْيي الموْتى وَهُوَ على كلِّ شيْءٍ قَدِيرٌ.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya sebaik-baik apa yang diucapkan oleh hamba apabila dia bangun daripada tidurnya ialah maha suci Tuhan yang menghidupkan orang mati dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 22, hadis nombor 101. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat pendusta dan ini pendustaan yang jelas.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.