Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya sebaik-baik apa yang diucapkan

Teks Bahasa Arab

إنّ أحَبَّ مَا يَقولُ العَبْدُ إِذا اسْتَيْقَظَ مِنْ نَوْمِهِ سُبْحان الَّذي يُحْيي الموْتى وَهُوَ على كلِّ شيْءٍ قَدِيرٌ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya sebaik-baik apa yang diucapkan oleh hamba apabila dia bangun daripada tidurnya ialah maha suci Tuhan yang menghidupkan orang mati dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu.

Sahabat Perawi

  1. Ibn 'Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 22, hadis no. 101. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanadnya terdapat pendusta dan ini pendustaan yang jelas.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.