Sesungguhnya sebahagian daripada iman itu ialah seorang lelaki mencintai saudara lelakinya kerana Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن من الإيمان أن يحب الرجل [ رجلا ]؛ لا يحبه إلا لله؛ من غير مال أعطاه؛ فذلك الإيمان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya sebahagian daripada iman itu adalah seorang lelaki mencintai saudara lelakinya kerana Allah, bukan kerana harta yang dia berikan kepadanya, maka itulah iman.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2039 hadis nombor 10263. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: إن من الإيمان أن يحب الرجل رجلا، لا يحبه إلا لله، من غير مال أعطاه، فذلك الإيمان.
[طس، ((الضعيفة)) (5260)]

(Lemah)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya sebahagian daripada iman itu ialah seorang lelaki mencintai saudara lelakinya kerana Allah, bukan kerana harta yang dia berikan kepadanya, maka itulah iman.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5260]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.