Sesungguhnya saudaraku,menteriku dan penggantiku adalah daripada kalangan ahli keluargaku

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن أخي ووزيري وخليفتي من أهلي، وخير من أترك بعدي يقضي ديني وينجز موعدي: علي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya saudaraku, menteriku dan penggantiku adalah daripada kalangan ahli keluargak. Dan sebaik-baik orang yang aku tinggalkan untuk melunaskan hutangku dan melaksanakan janjiku adalah Ali.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 346, hadis nombor 47. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن حبان عن أنس مرفوعا. قال ابن الجوزي والذهبي: إنه موضوع. والمتهم به: مطر بن ميمون الإسكاف.

Ibn Hibban meriwayatkannya daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW).Ibn al-Jauzi dan al-Zahabi berkata: Ia adalah palsu. Perawi yang dituduh memalsukan hadith adalah Matar bin Maimun al-Iskaf.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs