Sesungguhnya orang yang paling khianat dalam kalangan kamu di sisiku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن أخونكم عندي من يطلبه -يعني: العمل-، فعليكم بتقوى الله عز وجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya orang yang paling khianat dalam kalangan kamu di sisiku sesiapa yang memintanya: iaitu kerja, maka hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 836-837, hadis nombor 4286. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي موسى -رضي الله عنه-، قال: قدم رجلان معي من قومي، قال: فأتيا إلى النبي صلى الله عليه وسلم، فخطبا وتكلما، فجعلا يعرضان بالعمل، فتغير وجه النبي صلى الله عليه وسلم، أو رؤي في وجهه، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: ((إن أخونكم عندي من يطلبه -يعني: العمل-، فعليكم بتقوى الله عز وجل)).
[حم، ((الضعيفة)) (3642)]

(Munkar) Daripada Abū Mūsā RA berkata: Telah datang dua orang lelaki bersamaku dalam kalangan kaumku. Dia berkata: Lalu mereka berdua mendatangi Nabi SAW, lalu bercakap dan berbual. Kemudian mereka menawarkan diri untuk bekerja, lalu wajah Nabi SAW berubah, atau dilihat pada wajah baginda. Lalu Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang paling khianat dalam kalangan kamu di sisiku sesiapa yang memintanya: iaitu kerja, maka hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah.
[Riwayat Musnad Ahmad bin Hanbal. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3642]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.