Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya satu juzuk daripada 70 juzuk kenabian, adalah menyegerakan berbuka puasa

Teks Bahasa Arab

إنَّ جزءًا من سبعينَ جزءًا من النُّبوَّةِ: تبكيرُ الإفطارِ، وتأخيرُ السُّحورِ، وإشارةُ الرَّجلِ بإصبعِه في الصَّلاةِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya satu juzuk daripada 70 juzuk kenabian, adalah menyegerakan berbuka puasa, dan melewatkan sahur, dan isyarat jari yang dilakukan oleh seorang lelaki di dalam solat.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1138, hadis no. 5746. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن جزءا من سبعين جزءا من النبوة: تبكير الإفطار، وتأخير السحور، وإشارة الرجل بإصبعه في الصلاة)). [عب، عد، أبو أحمد الحاكم في ((الكنى))، ((الضعيفة)) (3148)]

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Sesungguhnya satu juzuk daripada 70 juzuk kenabian, adalah menyegerakan berbuka puasa, dan melewatkan sahur, dan isyarat jari yang dilakukan oleh seorang lelaki di dalam solat." [Riwayat Abdul Razak dalam al-Musannaf, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa, dan Abu Ahmad al-Hakim dalam al-Kuna. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3148]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.