Sesungguhnya satu haji itu lebih baik daripada 10 peperangan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لحجة أفضل من عشر غزوات، ولغزوة أفضل من عشر حجات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya satu haji itu lebih baik daripada 10 peperangan. Manakala satu peperangan (di jalan Allah) lebih baik daripada 10 haji.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 989, hadis nombor 5094. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: ((لحجة أفضل من عشر غزوات، ولغزوة أفضل من عشر حجات)). [هب، ((الضعيفة)) (2656)]

(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: Sesungguhnya satu haji itu lebih baik daripada 10 peperangan. Manakala satu peperangan (di jalan Allah) lebih baik daripada 10 haji. [Riwayat al-Baihaqy dalam Shu’ab al-Iman. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2656]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.