Sesungguhnya satu ciri yang baik berada dalam seorang lelaki

TEKS BAHASA ARAB

إن الخصلة الصالحة تكون في الرجل فيصلح الله عز وجل بها عمله كله، وطهور الرجل لصلاته يكفر الله به ذنوبه، وتبقى صلاته نافلة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya satu ciri yang baik berada dalam seorang lelaki lalu Allah azza wa jalla akan membaikinya dengan (satu ciri itu) seluruh amalnya. Dan bersucinya seorang lelaki itu untuk solatnya, Allah akan hapuskan dengannya dosa-dosanya. Dan solatnya itu kekal sebagai sunat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2009, hadis nombor 10078. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: إن الخصلة الصالحة تكون في الرجل فيصلح الله عز وجل بها عمله كله، وطهور الرجل لصلاته يكفر الله به ذنوبه، وتبقى صلاته نافلة.
[ع، طس، عد، السهمي، ابن حبان في ((الضعفاء))، ((الضعيفة)) (2999)]

(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: Sesungguhnya satu ciri yang baik berada dalam seorang lelaki lalu Allah azza wa jalla akan membaikinya dengan (satu ciri itu) seluruh amalnya. Dan bersucinya seorang lelaki itu untuk solatnya, Allah akan hapuskan dengannya dosa-dosanya. Dan solatnya itu kekal sebagai sunat.
[Diriwayatkan dalam Musnad Abu Yaa’la, al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Awsath, al-Kamil fi al-Ḍu’afa’ oleh ibn Adiy, al-Sahmy dalam Tarikh Jurhan dan ibn Hibban dalam al-Ḍu’afa’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2999]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs