Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ الخصلةَ الصالحةَ تكون في الرجلِ فيصلحُ اللهُ عز وجل بها عملَهُ كلَّهُ، وطُهورُ الرجلِ لصلاتهِ يكفِّرُ اللهُ بهِ ذنوبَهُ، وتبقى صلاتُهُ نافلةً.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya satu ciri yang baik berada dalam seorang lelaki lalu Allah azza wa jalla akan membaikinya dengan (satu ciri itu) seluruh amalnya. Dan bersucinya seorang lelaki itu untuk solatnya, Allah akan hapuskan dengannya dosa-dosanya. Dan solatnya itu kekal sebagai sunat.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2009, hadis no. 10078. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: Sesungguhnya satu ciri yang baik berada dalam seorang lelaki lalu Allah azza wa jalla akan membaikinya dengan (satu ciri itu) seluruh amalnya. Dan bersucinya seorang lelaki itu untuk solatnya, Allah akan hapuskan dengannya dosa-dosanya. Dan solatnya itu kekal sebagai sunat. [Diriwayatkan dalam Musnad Abu Yaa’la, al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Awsath, al-Kamil fi al-Ḍu’afa’ oleh Ibn Adiy, al-Sahmy dalam Tarikh Jurhan dan Ibn Hibban dalam al-Ḍu’afa’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2999]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman