Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ الدِّباغَ يُحلُّ مِن المَيتةِ كما يُحلُّ الخَلُّ من الخمرِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya samak itu menghalalkan daripada bangkai seperti mana dihalalkan cuka daripada arak.
Sahabat Perawi
- Umm Salamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 399, hadis no. 2137. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Umm Salamah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya samak itu menghalalkan daripada bangkai seperti mana dihalalkan cuka daripada arak". [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan al-Bayhaqi dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3000].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman