Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ أهلَ علِّيِّينَ لَيُشْرِفُ أحدُهُمْ على الجنةِ، فيُضِيءُ وجْهُهُ لأهْلِ الجنةِ، كَمَا يُضِيءُ القَمَرُ ليلةَ البدْرِ لأهلِ الدنيا، وإنَّ أبا بَكرٍ وعُمَرَ مِنْهمْ وأَنْعَمَا.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya salah seorang penduduk syurga tertinggi akan menjenguk ke syurga. Dia akan menyinari wajahnya dengan cahaya untuk penduduk syurga seperti mana bulan purnama menyinari penduduk bumi pada malam peperangan Badar. Abu Bakar dan Umar daripada golongan tersebut dan mereka mendapat nikmat.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1952, hadis no. 9777. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال: قال ﷺ: إن أهل عليين ليشرف أحدهم على الجنة، فيضيء وجهه لأهل الجنة؛ كما يضيء القمر ليلة البدر لأهل الدنيا، وإن أبا بكر وعمر منهم وأنعَمَا. [السهمي، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7110)]
(Munkar) Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya salah seorang penduduk syurga tertinggi akan menjenguk ke syurga. Dia akan menyinari wajahnya dengan cahaya untuk penduduk syurga seperti mana bulan purnama menyinari penduduk bumi pada malam peperangan Badar. Abu Bakar dan Umar daripada golongan tersebut dan mereka mendapat nikmat. [Riwayat al-Sahmi dalam Tarikh Jurjan dan Ibn Asakir Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 7110]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman