Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ أحدَكم مِرْآةُ أخيه، فإن رأى به أَذًى فَلْيُمِطْهُ عنه.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya salah seorang kamu merupakan cermin bagi saudaranya, sekiranya kamu melihat terdapat padanya kotoran, maka alihkanlah ia darinya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 188, hadis no. 964. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إن أحدكم مرآة أخيه، فإن رأى به أذى فليمطه عنه)). [ابن المبارك، ت، ش، السمناني في ((الفوائد المنتقاة))، أبو الحسن الحربي في ((الفوائد المنتقاة))، ((الضعيفة)) (1889)]
(Terlalu Daif) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya salah seorang kamu merupakan cermin bagi saudaranya, sekiranya kamu melihat terdapat padanya kotoran, maka alihkanlah ia darinya. [Riwayat Ibn Al-Mubarak, al-Tirmizi dalam Sunannya, Ibn Abi Syaibah dalam Musannaf, al-Simnaniy dalam al-Fawaid al-Muntaqah dan Abu al-Hasan al-Harabi dalam al-Fawaid al-Muntaqah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1889]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman