Sesungguhnya salah seorang daripada kalian semua hampir sahaja memandang kepadaku dengan pandangan berkepentingan keluarga dan harta

TEKS BAHASA ARAB

إن أحدكم سيوشك أن يحدث أن ينظر إليّ نظرة بما له من أهل ومال

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya salah seorang daripada kalian semua hampir sahaja memandang kepadaku dengan pandangan berkepentingan keluarga dan harta.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1106, hadis nombor 5602. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سمرة بن جندب رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن أحدكم سيوشك أن يحب أن ينظر إليّ نظرة بما له من أهل ومال. [طب، الضعيفة (6791)].

(Lemah) Daripada Samurah bin Jundub RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya salah seorang daripada kalian semua hampir sahaja memandang kepadaku dengan pandangan berkepentingan keluarga dan harta. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6791]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs