TEKS BAHASA ARAB
كان أحد أبوي بلقيس جنياً.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya salah seorang ayah dan ibu Balqis adalah jin.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1911 hadis nombor 9596. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله ﷺ: كان أحد أبوي بلقيس جنياً.
[ابن جرير، أبو الشيخ في ((العظمة))، الثعلبي في ((التفسير))، ((الضعيفة)) (5778)]
(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya salah seorang ayah dan ibu Balqis adalah jin.
[Riwayat Ibn Jarir, Ibn al-Syaikh dalam al-’Uzmah dan al-Tha’labi dalam al-Tafsir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5778]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.