Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كانَ أحدُ أبوَي بلقيسَ جنِّيًّا.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya salah seorang ayah dan ibu Balqis adalah jin.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1911, hadis no. 9596. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: كان أحد أبوي بلقيس جنياً. [ابن جرير، أبو الشيخ في ((العظمة))، الثعلبي في ((التفسير))، ((الضعيفة)) (5778)]
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya salah seorang ayah dan ibu Balqis adalah jin. [Riwayat Ibn Jarir, Ibn al-Syaikh dalam al-’Uzmah dan al-Tha’labi dalam al-Tafsir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5778]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman