Sesungguhnya sakit kepala dan panas dalaman akan berterusan pada seorang yang beriman

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الصداع والمليلة لا تزال بالمؤمن – وإن ذنبه مثل أحد – فما تدعه وعليه من ذلك مثقال حبة من خردل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya sakit kepala dan panas dalaman akan berterusan pada seorang yang beriman -sekalipun dosanya seumpama Uhud- lalu ia tidak meninggalkannya dalam keadaan padanya ada dari dosa berkenaan hanya seberat satu biji dari SAW.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1995, hadis nombor 9998. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي الدرداء -رضي الله عنه- مرفوعا: «إن الصداع والمليلة لا تزال بالمؤمن – وإن ذنبه مثل أحد – فما تدعه وعليه من ذلك مثقال حبة من خردل».
[حم، ابن أبي الدنيا في «الكفارات»، ابن عساكر، «الضعيفة» (2433)].

(Lemah)
Daripada Abu al-Darda RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya sakit kepala dan panas dalaman akan berterusan pada seorang yang beriman -sekalipun dosanya seumpama Uhud- lalu ia tidak meninggalkannya dalam keadaan padanya ada dari dosa berkenaan hanya seberat satu biji dari SAW”.
[Riwayat Musnad Ahmad bin Hanbal, Ibnu Abi Ad-Dunia dalam “Al-Kaffarat”, Ibnu Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2433].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.