Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya sakit kepala dan panas dalaman akan berterusan pada seorang yang beriman

Teks Bahasa Arab

إنَّ الصُّداعَ والمَليلةَ لا تزالُ بالمؤمنِ - وإنَّ ذنبَهُ مثلُ أُحُدٍ - فما تدعُهُ وعليهِ من ذلِكَ مثقالُ حبَّةٍ من خردلٍ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya sakit kepala dan panas dalaman akan berterusan pada seorang yang beriman -sekalipun dosanya seumpama Uhud- lalu ia tidak meninggalkannya dalam keadaan padanya ada dari dosa berkenaan hanya seberat satu biji dari SAW.

Sahabat Perawi

  1. Abu al-Darda RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1995, hadis no. 9998. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي الدرداء -رضي الله عنه- مرفوعا: «إن الصداع والمليلة لا تزال بالمؤمن - وإن ذنبه مثل أحد - فما تدعه وعليه من ذلك مثقال حبة من خردل». [حم، ابن أبي الدنيا في «الكفارات»، ابن عساكر، «الضعيفة» (2433)].

(Lemah) Daripada Abu al-Darda RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya sakit kepala dan panas dalaman akan berterusan pada seorang yang beriman -sekalipun dosanya seumpama Uhud- lalu ia tidak meninggalkannya dalam keadaan padanya ada dari dosa berkenaan hanya seberat satu biji dari SAW”. [Riwayat Musnad Ahmad bin Hanbal, Ibnu Abi Ad-Dunia dalam “Al-Kaffarat”, Ibnu Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2433].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.