Sesungguhnya rumah yang disebut nama Allah di dalamnya akan menerangi penduduk langit seperti bintang menerangi penduduk bumi

TEKS BAHASA ARAB

إن البيت الذي يذكر الله فيه ليضيء لأهل السماء، كما تضيء النجوم لأهل الأرض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya rumah yang disebut nama Allah di dalamnya akan menerangi penduduk langit seperti bintang menerangi penduduk bumi.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1581, hadis nombor 7999. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الرحمن بن سابط عن أبيه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((إِنَّ الْبَيْتَ الَّذِي يُذْكَرُ اللَّهُ فِيهِ لَيُضيءُ لِأَهْلِ السَّمَاءِ، كَمَا تُضيءُ النُّجُومُ لِأَهْلِ الْأَرْضِ)). [أبو نعيم في ((معرفة الصحابة))، ((الضعيفة)) (7069)].

(Sangat Lemah)
Daripada Abd al-Rahman bin Sabit: Daripada ayahnya berkata: Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya rumah yang disebut nama Allah di dalamnya akan menerangi penduduk langit seperti bintang menerangi penduduk bumi.”
[Riwayat Abu Nu’aim di dalam Kitab Ma’rifah al-Sahabah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.7069]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs