Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak pernah mengangkat kedua tangannya sehinggalah baginda selesai solat

TEKS BAHASA ARAB

إن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – لم يكن يرفع يديه حتى يفرغ من صلاته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak pernah mengangkat kedua tangannya sehinggalah baginda selesai solat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 269, hadis nombor 1399. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن محمد بن أبي يحيى، قال: رأيت عبد الله بن الزبير – ورأى رجلا رافعا يديه قبل أن يفرغ من صلاته، فلما فرغ منها -، قال: ((إن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – لم يكن يرفع يديه حتى يفرغ من صلاته)). [طب، ((الضعيفة)) (2544)]

(Lemah)
Daripada Muhammad bin Abi Yahya beliau berkata: Aku melihat ‘Abdullah bin al-Zubair dan pada ketika itu beliau sedang melihat seorang lelaki yang mengangkat kedua tangannya sebelum dia selesai dari solatnya. Sebaik sahaja dia selesai, beliau berkata kepada lelaki tersebut: Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak pernah mengangkat kedua tangannya sehinggalah baginda selesai solat.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2544]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs