Sesungguhnya Rasulullah SAW telah mengutuskan Abu Musa untuk berperang di laut

TEKS BAHASA ARAB

بعث صلى الله عليه وسلم أبا موسى سرية في البحر، فبينما هم كذلك قد رفعوا الشراع في ليلة مظلمة إذا هاتف من فوقهم يهتف: يا أهل السفينه قفوا أخبركم بقضاء قضاه الله على نفسه قال أبو موسى: أخبرنا إن كنت مخبراً قال: إن الله تبارك وتعالى قضى على نفسه أنه من أعطش نفسه له في يوم صائف؛ سقاة الله يوم العطش.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Rasulullah SAW telah mengutuskan Abu Musa untuk berperang di laut. Semasa mereka berlayar pada waktu malam, mereka mendengar suatu bunyi dari langit yang melaungkan: Wahai orang-orang di atas kapal, bangunlah, kami ingin memberitahu mengenai kekuasaan Allah yang Maha Esa. Berkata Abu Musa: Beritahulah kami jika kamu seorang yang memberi khabar. Kemudian (suara di langit) berkata lagi: Sesiapa yang menahan dahaga (ketika berjuang) untuk-Nya pada musim panas yang terik, maka Allah akan memberi minum kepadanya pada hari semua makhluk dahaga (meminta air kepada-Nya) pada hari kiamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1163, hadis nombor 5880. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما بعث صلى الله عليه وسلم أبا موسى سرية في البحر فبينما هم كذلك قد رفعوا الشراع في ليلة مظلمة إذا هاتف من فوقهم يهتف: يا أهل السفينه قفوا أخبركم بقضاء قضاه الله على نفسه قال أبو موسى: أخبرنا إن كنت مخبراً قال: إن الله تبارك وتعالى قضى على نفسه أنه من أعطش نفسه له في يوم صائف؛ سقاة الله يوم العطش. [البزار، الضعيفة (6748)]

(Lemah) Diriwayatkan dariapda Ibn ‘Abbas RA, telah berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah mengutuskan Abu Musa untuk berperang di laut. Semasa mereka berlayar pada waktu malam, mereka mendengar suatu bunyi dari langit yang melaungkan: Wahai orang-orang di atas kapal, bangunlah, kami ingin memberitahu mengenai kekuasaan Allah yang Maha Esa. Berkata Abu Musa: Beritahulah kami jika kamu seorang yang memberi khabar. Kemudian (suara di langit) berkata lagi: Sesiapa yang menahan dahaga (ketika berjuang) untuk-Nya pada musim panas yang terik, maka Allah akan memberi minum kepadanya pada hari semua makhluk dahaga (meminta air kepada-Nya) pada hari kiamat. [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6748]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.