Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Rasulullah SAW telah memerintahkan pembunuhan Ibnu Abi Sarh pada Hari Fath, Fartana, Ibnu Abi Az-Za’bari, dan Ibn Khatal

Teks Bahasa Arab

الإِيماءُ خِيانةٌ، ليس لنبيٍّ أنْ يُومِئَ.

Teks Bahasa Melayu

Isyarat adalah khianat, tiada seorang nabi pun yang memberi isyarat.

Sahabat Perawi

  1. Said bin al-Musayyib

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1996, hadis no. 10007. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف) عن سعيد بن المسيب، قال: إن رسول اللہ ﷺ أمر يقتل ابن أبي سرح يوم الفتح، وفرتنا وابن الزبعري وابن خطل، فأتاه أبو برزة، وهو متعلق بأستار الكعبة، فبقر بطنه، وكان رجل من الأنصار قد نذر إن رأى ابن أبي سرح أن يقتله، فجاء عثمان، وكان أخاه من الرضاعة، فشفع له إلى النبي ﷺ، وقد أخذ الأنصاري بقائم السيف ينتظر النبي ﷺ متى يومئ إليه أن يقتله، فشفع له عثمان حتى تركه، ثم قال رسول اللہ ﷺ للأنصاري: هلا وفيت بنذرك؟ فقال: يا رسول الله! وضعت يدي على قائم السيف أنتظر متى تومئ فأقتله، فقال النبي ﷺ: «الإيماء خيانة، ليس لنبي أن يومئ». [ابن سعد، «الضعيفة» (2267)].

(Lemah) Daripada Said bin Al-Musayyib, beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah memerintahkan pembunuhan Ibnu Abi Sarh pada Hari Fath, Fartana, Ibnu Abi Az-Za’bari, dan Ibn Khatal. Lalu Abu Barzah telah datang kepadanya, dalam keadaan dia berpaut pada kelambu Kaabah, lantas dia merobek perutnya, terdapat seorang lelaki dari kalangan Ansar, dia telah bernazar; jika dia melihat Ibn Abi Sarh dia akan membunuhnya. Lalu telah datang Uthman, dan dia (Ibnu Abi Sarh) adalah saudara dari penyusuan, lantas dia meminta syafaat untuknya kepada Nabi SAW, sedangkan si Ansar telah memegang pangkal pedang, menunggu Nabi SAW; bila Baginda akan mengisyaratkan kepada untuk membunuhnya (Ibnu Abi Sarh). Lalu Uthman telah meminta syafaat untuknya sehingga Baginda melepaskannya. Kemudian bersabda Rasulullah SAW kepada si Ansar: “Mengapa tidak kamu tunaikan nazarmu?”. Dia berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah letakkan tanganku pada pangkal pedang, menunggu bila engkau akan mengisyaratkan lalu aku membunuhnya. Maka bersabda Nabi SAW: “Isyarat adalah khianat, tiada seorang nabi pun yang memberi isyarat”. [Riwayat Ibnu Saad. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2267].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.