Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bertahan beberapa hari tanpa menjamah sebarang makanan sehingga ia menyukarkan Baginda

TEKS BAHASA ARAB

أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – أقام أياما لم يطعم طعاماً، حتى شق ذلك عليه، فطاف في منازل أزواجه، فلم يجد عند واحدة منهن شيئاً! فأتى فاطمة فقال: ((يا بنية! هل عندك شيء آكله؛ فإني جائع؟)) ". قالت: لا. والله – بأبي أنت وأمي -! فلما خرج من عندها بعثت إليها جارة لها برغيفين وقطعة لحم، فأخذته منها، فوضعته في جفنة لها، وقالت: والله! لأوثرن بهذا رسول الله – صلى الله عليه وسلم – على نفسي ومن عندي، وكانوا جميعاً محتاجين إلى شبعة طعام، فبعثت حسناً أو حسيناً إلى رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فرجع إليها، فقالت: بأبي أنت وأمي؛ قد أتى الله بشيء فخبأته لك. قال: ((هلمي يا بنية!)). قالت: فأتيته بالجفنة، فكشفت عنها؛ فإذا هي مملوءة خبزاً ولحماً، فلما نظرت إليها بهت وعرفت أنها بركة من الله، فحمدت الله، وصليت على نبيه، وقدمته إلى رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فلما رآه حمد الله، وقال: ((من أين لك هذا يا بنية؟)). قالت: يا أبت! {هو من عند الله يرزق من يشاء بغير حساب}! فحمد الله، وقال: ((الحمد لله الذي جعلك يا بنية شبيهة بسيدة نساء بني إسرائيل؛ فإنها كانت إذا رزقها الله شيئاً وسئلت عنه؟ قالت: {هو من عند الله إن الله يرزق من يشاء بغير حساب})). بعث رسول الله – صلى الله عليه وسلم – إلى علي، ثم آكل رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، وأكل علي، وفاطمة، وحسن، وحسين، وجميع أزواج النبي – صلى الله عليه وسلم -، وأهل بيته حتى شبعوا جميعاً، قالت: وبقيت الجفنة كما هي. قالت: فأوسعت ببقيتها على جميع الجيران؛ وجعل الله فيها بركة وخيرا كثيرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bertahan beberapa hari tanpa menjamah sebarang makanan sehingga ia menyukarkan Baginda. Lalu Baginda pergi ke rumah-rumah isterinya namun, Baginda tidak mendapatkan satu pun daripada mereka ada sesuatu untuk dimakan. Maka baginda pun mendatangi Fatimah RA (di rumahnya) dan bersabda: ((Wahai anak perempuan kecilku! Adakah kamu mempunyai sesuatu untuk aku makan? Sesungguhnya aku amat lapar.)) Fatimah pun menjawab: "Demi Allah atas nama ayahku, kamu dan ibuku, aku tidak mempunyai apa-apa yang boleh dimakan." Maka setelah Baginda keluar dari rumahnya, Fatimah RA telah didatangi seorang jirannya yang membawa dua potong roti dan seketul daging. Lalu Fatimah pun mengambilnya dan meletakkannya di dalam sebuah bekas. Dia pun berkata: "Demi Allah! aku akan mengutamakan Rasulullah SAW daripada diriku dan keluargaku." Walaupun pada waktu itu, beliau dan keluarganya juga memerlukannya. Kemudian beliau menyuruh salah seorang dari anaknya, Hasan atau Husain memanggil Rasulullah SAW, dan baginda kemudiannya datang kepadanya dan Fatimah pun berkata kepada baginda SAW: "Sesungguhnya Allah SWT telah memberiku sesuatu dan aku telah menyimpannya untukmu." Rasulullah SAW berkata: ((Bawalah kesini, wahai anakku.)) Lalu Fatimah RA mengambil bekas penyimpan roti dan daging tadi, kemudian membukanya. Fatimah berkata: "Apabila aku membukanya, aku terkejut (menjadi bingung) kerana aku mendapati bekas itu telah penuh dengan roti dan daging. Melihatkan itu, aku menyedari bahawa itu adalah berkah daripada Allah SWT. Aku langsung bersyukur dengan memuji Allah SWT dan berselawat ke atas Rasulullah SAW. Kemudian aku menghidangkannya kepada Rasulullah SAW." Ketika Rasulullah SAW melihat makanan itu, beliau pun berkata: ((Dari manakah kamu mendapatkan ini wahai anak perempuanku?)) Fatimah menjawab: "Wahai ayahku, {Ia adalah dari sisi Allah, Sesungguhnya Allah memberi rezeki sesiapa yang dikehendakinya tanpa perhitungan.} [Ali Imran: 37]" Lalu baginda SAW memuji Allah SWT dan beliau pun bersabda: ((Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan engkau wahai anakku seperti penghulu wanita-wanita Bani Israil (iaitu Maryam). Sesungguhnya beliau telah berkata ketika ada yang bertanya tentang rezeki yang telah diberikan Allah SWT kepadanya, dia berkata: {Ia adalah dari sisi Allah, sesungguhnya Dia memberi rezeki sesiapa yang dikehendakinya tanpa perhitungan.} [Ali Imran: 37])) Kemudian Rasulullah SAW menyuruh Fatimah RA memanggil Ali untuk makan bersamanya. Kemudian Ali, Fatimah, Hasan, Husain dan semua para isteri Nabi SAW serta ahli keluarga Baginda makan sehingga semuanya kenyang. Fatimah berkata: "Isi bekas itu masih berbaki sepertimana awalnya", beliau berkata lagi: Baki isi bekas tersebut kemudiannya dibahagikan kepada semua jiran-jiran yang lain, sungguh, Allah telah menjadikan padanya keberkatan yang baik lagi banyak.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1507, hadis nombor 7676. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر-رضي الله عنه- قال: أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – أقام أياما لم يطعم طعاماً، حتى شق ذلك عليه، فطاف في منازل أزواجه، فلم يجد عند واحدة منهن شيئاً! فأتى فاطمة فقال: ((يا بنية! هل عندك شيء آكله؛ فإني جائع؟)). قالت: لا. والله – بأبي أنت وأمي -! فلما خرج من عندها بعثت إليها جارة لها برغيفين وقطعة لحم، فأخذته منها، فوضعته في جفنة لها، وقالت: والله! لأوثرن بهذا رسول الله – صلى الله عليه وسلم – على نفسي ومن عندي، وكانوا جميعاً محتاجين إلى شبعة طعام، فبعثت حسناً أو حسيناً إلى رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فرجع إليها، فقالت: بأبي أنت وأمي؛ قد أتى الله بشيء فخبأته لك. قال: ((هلمي يا بنية!)). قالت: فأتيته بالجفنة، فكشفت عنها؛ فإذا هي مملوءة خبزاً ولحماً، فلما نظرت إليها بهت وعرفت أنها بركة من الله، فحمدت الله، وصليت على نبيه، وقدمته إلى رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فلما رآه حمد الله، وقال: ((من أين لك هذا يا بنية؟)). قالت: يا أبت! (هو من عند الله يرزق من يشاء بغير حساب)! فحمد الله، وقال: ((الحمد لله الذي جعلك يا بنية شبيهة بسيدة نساء بني إسرائيل؛ فإنها كانت إذا رزقها الله شيئاً وسئلت عنه؟ قالت:{هو من عند الله إن الله يرزق من يشاء بغير حساب})). بعث رسول الله – صلى الله عليه وسلم – إلى علي، ثم آكل رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، وأكل علي، وفاطمة، وحسن، وحسين، وجميع أزواج النبي – صلى الله عليه وسلم -، وأهل بيته حتى شبعوا جميعاً، قالت: وبقيت الجفنة كما هي. قالت: فأوسعت ببقيتها على جميع الجيران؛ وجعل الله فيها بركة وخيرا كثيرا. [ع، معلقا، (الضعيفة)) (5359)].

(Lemah)
Daripada Jabir RA berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bermukim beberapa hari tanpa menjamah sebarang makanan sehingga ia menyukarkan Baginda. Lalu Baginda pergi ke rumah-rumah isterinya namun, Baginda tidak mendapatkan satu pun daripada mereka ada sesuatu untuk dimakan. Maka baginda pun mendatangi Fatimah RA (di rumahnya) dan bersabda: ((Wahai anak perempuan kecilku! Adakah kamu mempunyai sesuatu untuk aku makan? Sesungguhnya aku amat lapar.)) Fatimah pun menjawab: "Demi Allah atas nama ayahku, kamu dan ibuku, aku tidak mempunyai apa-apa yang boleh dimakan." Maka setelah Baginda keluar dari rumahnya, Fatimah RA telah didatangi seorang jirannya yang membawa dua potong roti dan seketul daging. Lalu Fatimah pun mengambilnya dan meletakkannya di dalam sebuah bekas. Dia pun berkata: "Demi Allah! aku akan mengutamakan Rasulullah SAW daripada diriku dan keluargaku." Walaupun pada waktu itu, beliau dan keluarganya juga memerlukannya. Kemudian beliau menyuruh salah seorang dari anaknya, Hasan atau Husain memanggil Rasulullah SAW, dan baginda kemudiannya datang kepadanya dan Fatimah pun berkata kepada baginda SAW: "Sesungguhnya Allah SWT telah memberiku sesuatu dan aku telah menyimpannya untukmu." Rasulullah SAW berkata: ((Bawalah kesini, wahai anakku.)) Lalu Fatimah RA mengambil bekas penyimpan roti dan daging tadi, kemudian membukanya. Fatimah berkata: "Apabila aku membukanya, aku terkejut (menjadi bingung) kerana aku mendapati bekas itu telah penuh dengan roti dan daging. Melihatkan itu, aku menyedari bahawa itu adalah berkah daripada Allah SWT. Aku langsung bersyukur dengan memuji Allah SWT dan berselawat ke atas Rasulullah SAW. Kemudian aku menghidangkannya kepada Rasulullah SAW." Ketika Rasulullah SAW melihat makanan itu, beliau pun berkata: ((Dari manakah kamu mendapatkan ini wahai anak perempuanku?)) Fatimah menjawab: "Wahai ayahku, {Ia adalah dari sisi Allah, Sesungguhnya Allah memberi rezeki sesiapa yang dikehendakinya tanpa perhitungan.} [Ali Imran: 37]" Lalu baginda SAW memuji Allah SWT dan beliau pun bersabda: ((Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan engkau wahai anakku seperti penghulu wanita-wanita Bani Israil (iaitu Maryam). Sesungguhnya beliau telah berkata ketika ada yang bertanya tentang rezeki yang telah diberikan Allah SWT kepadanya, dia berkata: {Ia adalah dari sisi Allah, sesungguhnya Dia memberi rezeki sesiapa yang dikehendakinya tanpa perhitungan.} [Ali Imran: 37])) Kemudian Rasulullah SAW menyuruh Fatimah RA memanggil Ali untuk makan bersamanya. Kemudian Ali, Fatimah, Hasan, Husain dan semua para isteri Nabi SAW serta ahli keluarga Baginda makan sehingga semuanya kenyang. Fatimah berkata: "Isi bekas itu masih berbaki sepertimana awalnya", beliau berkata lagi: Baki isi bekas tersebut kemudiannya dibahagikan kepada semua jiran-jiran yang lain, sungguh, Allah telah menjadikan padanya keberkatan yang baik lagi banyak.”
[Riwayat Abu Ya’la -secara Mu’allaq. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5359].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs