TEKS BAHASA ARAB
نعم؛ ما لم تقم على باب سدة، أو تأتي أميراً تسأله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ya, selagi mana kamu tidak berdiri di hadapan pintu pemimpin atau kamu pergi bertemu pemimpin dan meminta kepadanya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1897 hadis nombor 9541. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف )
عن ثوبان – رضي الله عنه -، قال: إن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – دعا لأهله، فذكر علياً وفاطمة وغيرهما. فقلت: يا رسول الله! من أهل البيت أنا؟ قال: نعم؛ ما لم تقم على باب سدة، أو تأتي أميراً تسأله.
[طس، ((الضعيفة)) (5366)]
(Lemah)
Daripada Thauban RA, beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW mendoakan ahli keluarga Baginda. Baginda menyebut nama Ali, Fatimah dan lain-lain. Aku berkata: Wahai Rasulullah, adakah aku termasuk dalam kalangan ahli keluarga kamu? Baginda menjawab: Ya, selagi mana kamu tidak berdiri di hadapan pintu pemimpin atau kamu pergi bertemu pemimpin dan meminta kepadanya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5366]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.