Classification icon

Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Rasulullah SAW mencium pipi Uthman Bin Maz’un

Teks Bahasa Arab

قبَّلَ عثمانَ بنَ مظعونَ على خدِّه بعدما ماتَ، ولا نعلمُ قبَّلَ أحدًا غيرَه.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Rasulullah SAW mencium pipi Uthman Bin Maz’un sejurus selepas beliau meninggal dunia. Kami tidak mengetahui ada orang lain yang mencium beliau selain Baginda Rasulullah SAW.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aisyah Binti Qudamah Bin Maz’un

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1933, hadis no. 9694. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عائشة بنت قدامة بن مظعون: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبَّلَ عُثْمَانَ بن مَظْعُونٍ عَلَى خَدِّهِ بَعْدَمَا مَاتَ، وَلا نعْلَمُ قَبَّلَ أَحَداً غَيْرَهُ. [طب، ((الضعيفة)) (6010)]

(Munkar) Daripada ‘Aisyah Binti Qudamah Bin Maz’un: Sesungguhnya Rasulullah SAW mencium pipi Uthman Bin Maz’un sejurus selepas beliau meninggal dunia. Kami tidak mengetahui ada orang lain yang mencium beliau selain Baginda Rasulullah SAW. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6010]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.