Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Rasulullah SAW membaca doa ini pada waktu pagi dan petang

Teks Bahasa Arab

كَانَ إِذَا أَصْبَحَ وَأَمْسَى؛ دَعَا بِهَذِهِ الدَّعَوَاتِ: اللَّهُمَّ أَنْتَ أَحَقُّ مَنْ ذُكِرَ، وَأَحَقُّ مَنْ عُبَدَ، وَأَنصر مَنْ ابتُغَيَ، وأرأف من ملك، وأجود من سُئل، وأوسع مَنْ أَعْطَى، أَنْتَ الْمَلِكُ لا شَرِيكَ لَكَ … أَسْأَلُكَ بنورِ وَجْهِكَ الَّذِي أَشْرَقَتْ لَهُ السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ، بِكُلِّ حَقٍّ هُوَ لَكَ، وَبِحَقِّ السَّائِلِينَ عَلَيْكَ أَنْ تَقْبَلَنِي فِي هَذِهِ الْغَدَاةِ أَوْ فِي هَذِهِ الْعَشِيَّةِ، وَأَنْ تُجِيرَنِي مِنَ النَّارِ بِقُدْرَتِكَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya (Rasulullah SAW) jika pada waktu pagi dan petang akan membaca doa ini: Wahai Tuhanku, Engkau-lah yang paling layak disebut, dan paling layak untuk disembah, dan paling layak memberi pertolongan kepada hamba-Mu yang memerlukan, dan paling baik hati dalam menguasai, dan paling baik untuk dipinta, dan paling kaya untuk memberi. Sesungguhnya Engkau-lah Raja, dan tidak ada sekutu bagi-Mu. Aku memohon dengan cahaya wajah-Mu yang menyinari langit-langit dan bumi, dan dengan segala hak yang merupakan milik-Mu, dan dengan (kemuliaan) hak mereka yang meminta kepada-Mu agar Engkau menerimaku pada siang hari ini atau malam ni agar Engkau menjauhkan diriku daripada api neraka dengan Kuasa-Mu.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah al-Bahili RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 546, hadis no. 2860.

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة الباهلي - رضي الله عنه -، قال: ((كان إذا أصبح وأمسى؛ دعا بهذه الدعوات: اللهم أنت أحق من ذكر، وأحق من عبد، وأنصر من ابتغي، وأرأف من ملك، وأجود من سئل، وأوسع من أعطى، أنت الملك لا شريك لك... أسألك بنور وجهك الذي أشرقت له السماوات والأرض، وبكل حق هو لك، وبحق السائلين عليك أن تقبلني في هذه الغداۃ أو في هذه العشية، وأن تجيرني من النار بقدرتك)). [طب، وفي ((الدعاء))، ((الضعيفة)) (6253)]

(Sangat Lemah) Daripada Abu Umamah al-Bahili RA berkata: Sesungguhnya (Rasulullah SAW) jika pada waktu pagi dan petang akan membaca doa ini: Wahai Tuhanku, Engkau-lah yang paling layak disebut, dan paling layak untuk disembah, dan paling layak memberi pertolongan kepada hamba-Mu yang memerlukan, dan paling baik hati dalam menguasai, dan paling baik untuk dipinta, dan paling kaya untuk memberi. Sesungguhnya Engkau-lah Raja, dan tidak ada sekutu bagi-Mu. Aku memohon dengan cahaya wajah-Mu yang menyinari langit-langit dan bumi, dan dengan segala hak yang merupakan milik-Mu, dan dengan (kemuliaan) hak mereka yang meminta kepada-Mu agar Engkau menerimaku pada siang hari ini atau malam ni agar Engkau menjauhkan diriku daripada api neraka dengan Kuasa-Mu. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir, dan al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Dua’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah; no. 6253]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.