Sesungguhnya Rasulullah SAW melihat Abu al-Darda'

TEKS BAHASA ARAB

إن رسول الله ﷺ نظر إلى أبي الدرداء والناس منهزمون كل وجه يوم أحد، فقال: نعم الفارس عويمر، غير أنه -يعني- غير ثقيل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Rasulullah SAW melihat Abu al-Darda’ ketika mana orang Islam tewas dari setiap pelosok pada perang Uhud. Lalu baginda bersabda: “Sebaik-baik penunggang kuda ialah ‘Uwaymir, disebabkan dia tidak berat."

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1789, hadis nombor 9014. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) قيل: إن رسول الله ﷺ نظر إلى أبي الدرداء والناس منهزمون كل وجه يوم أحد، فقال: «نعم الفارس عويمر، غير أنه -يعني – غير ثقيل. [الحاكم -معلقاً– الضعيفة (715)].

(Lemah) Diceritakan: Sesungguhnya Rasulullah SAW melihat Abu al-Darda’ ketika mana orang Islam tewas dari setiap pelosok pada perang Uhud. Lalu baginda bersabda: “Sebaik-baik penunggang kuda ialah ‘Uwaymir, disebabkan dia tidak berat." [Riwayat al-Hakim –dengan sanad mu'allaq (yang tergantung). Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 715]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs