Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ رسولَ اللهِ ﷺ نظرَ إلى أبي الدَّرداءِ والنَّاسُ منهزمون كُلَّ وَجْهٍ يوم أحد، فقال: نعم الفارسُ عُوَيْمرٌغير أنه -يعني - غير ثقيل.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Rasulullah SAW melihat Abu al-Darda’ ketika mana orang Islam tewas dari setiap pelosok pada perang Uhud. Lalu baginda bersabda: “Sebaik-baik penunggang kuda ialah ‘Uwaymir, disebabkan dia tidak berat."
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1789, hadis no. 9014. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Diceritakan: Sesungguhnya Rasulullah SAW melihat Abu al-Darda’ ketika mana orang Islam tewas dari setiap pelosok pada perang Uhud. Lalu baginda bersabda: “Sebaik-baik penunggang kuda ialah ‘Uwaymir, disebabkan dia tidak berat." [Riwayat al-Hakim –dengan sanad mu'allaq (yang tergantung). Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 715]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman