Sesungguhnya Rasulullah SAW berasa hairan dengan pertemuan umatnya di syurga kelak

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إني أعجبني لقاكم أمتي! في الجنة. فقلت: أيما؟ قال: الصعاليك المجاهدون في سبيل الله، إني رأيت أحدهم وإنه ليمر بحجبة الجنة فيرمي إليهم بسيفه ويقول: دونكم، لم أعط ما تحاسبون عليه، ثم يعتق فيدخل الجنة. ورأيت أبطأ الناس دخولا الجنة النساء وذوو الأموال، وما قام عبدالرحمن بن عوف حتى استبطأت له القيام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

"Sesungguhnya, aku berasa hairan dengan pertemuan umatku di syurga kelak!” Maka aku bertanya Baginda: “Pertemuan yang mana satu?” Baginda bersabda: “(Iaitu pertemuan) Para mujahidin yang fakir tidak mempunyai apa-apa harta dunia, sesungguhnya saya telah melihat salah seorang daripada mereka berjalan melalui pintu-pintu syurga lantas dia melempar pedangnya ke arah pintu-pintu tersebut sambil berkata: “Berbuatlah sesuka hati kalian, aku tidak pernah diberikan suatu apa pun dari sekian banyak perkara yang kalian harapkan.” Lantas dia diperkenankan untuk memasuki syurga. Saya juga melihat manusia yang paling lewat memasuki syurga ialah para wanita dan orang-orang kaya yang memiliki banyak harta, termasuklah ‘Abd al-Rahman bin ‘Awf yang tidak berada dalam keadaan diri sehingga beliau juga terlewat (daripada memasukinya).”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1030, hadis nombor 5284. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن حفصة بنت عمر قالت: كان يوم من أيامها من رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فنام في بيتها، وطالت نومته، فهبت أن أوقظه، فأهبته، فهبّ من نومه محمرة عيناه، فقلت: يا رسول الله! إنّي هبت أن أوقظك من نومك، فأهبتك، فقال: ((إنّي أعجبني لقاكم أمّتي! في الجنّة. فقلت: أيّما؟ قال: الصّعاليك المجاهدون في سبيل الله، آنّي رأيت أحدهم وإنّه ليمرّ بحجبة الجنّة فيرمي إليهم بسيفه ويقول: دونكم، لم أعط ما تحاسبون عليه، ثم يعتق فيدخل الجنّة. ورأيت أبطأ النّاس دخولا الجنّة النّساء وذوو الأموال، وما قام عبدالرّحمن بن عوف حتى استبطءت له القيام)). [الطبراني في ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (6591)]

(Munkar)
Daripada Hafsah binti ‘Umar RA (beliau) berkata: “Pernah suatu hari dalam sekian banyak hari-hari beliau bersama Rasulullah SAW, Baginda beradu di rumahnya (Hafsah), Baginda tidur dalam tempoh masa yang agak lama, hingga aku merasakan ingin mengejut Baginda, lantas aku mengejutkan Baginda daripada tidur Baginda dalam keadaan merah kedua-dua biji mata Baginda. Maka aku (Hafsah) berkata: “Wahai Rasulullah SAW, saya mengejut tuan supaya tuan bangkit dari tidur, lantas saya lakukan sedemikian.” Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya, aku berasa hairan dengan pertemuan umatku di syurga kelak!” Maka aku bertanya Baginda: “Pertemuan yang mana satu?” Baginda bersabda: “(Iaitu pertemuan) Para mujahidin yang fakir tidak mempunyai apa-apa harta dunia, sesungguhnya saya telah melihat salah seorang daripada mereka berjalan melalui pintu-pintu syurga lantas dia melempar pedangnya ke arah pintu-pintu tersebut sambil berkata: “Berbuatlah sesuka hati kalian, aku tidak pernah diberikan suatu apa pun dari sekian banyak perkara yang kalian harapkan.” Lantas dia diperkenankan untuk memasuki syurga. Saya juga melihat manusia yang paling lewat memasuki syurga ialah para wanita dan orang-orang kaya yang memiliki banyak harta, termasuklah ‘Abd al-Rahman bin ‘Awf yang tidak berada dalam keadaan diri sehingga beliau juga terlewat (daripada memasukinya).”
[Riwayat al-Tabarani di dalam Musnad al-Shamiyyin. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 6591].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.