Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila selesai menunaikan solatnya akan membaca doa

TEKS BAHASA ARAB

كان يقول إذا قضى صلاته: اللهم! بحق السائلين عليك؛ فإن للسائل عليك حقا، أيما عبد أو أمة من أهل البر والبحر تقلبت دعوتهم، واستجبت دعاءهم: أن تشركنا في صالح ما يدعونك، وأن تشركهم في صالح ما ندعوك فيه، وأن تعافينا وإياهم، وأن تقبل منا ومنهم، وأن تجاوز عنا وعنهم؛ فإننا آمنا بما أنزلت واتبعنا الرسول، فاكتبنا مع الشاهدين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila selesai menunaikan solatnya akan berdoa: Ya Allah! Aku memohon dengan hak orang yang memohon ke atas-Mu kerana bagi yang memohon itu ke atas-Mu terdapat hak. Mana-mana hamba lelaki atau wanita, yang di darat atau di laut, Engkau terimalah doa mereka, makbulkanlah doa mereka, himpunkanlah kami dalam kebaikan yang didoakan kepada-Mu dan masukkanlah mereka dalam kebaikan doa kami. Engkau kurniakanlah kesejahteraan kepada kami dan mereka, Engkau terimalah kami dan juga mereka, Engkau ampunilah kami dan mereka kerana sesungguhnya kami beriman dengan apa yang Engkau turunkan dan kami mengikut rasul serta jadikanlah kami orang yang menjadi saksi.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1536, hadis nombor 7797. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه، قال: إن رسول الله كان يقول إذا قضى صلاته: اللهم! بحق السائلين عليك؛ فإن للسائل عليك حقا، أيما عبد أو أمة من أهل البر والبحر تقلبت دعوتهم، واستجبت دعاءهم: أن تشركنا في صالح ما يدعونك، وأن تشركهم في صالح ما ندعوك فيه، وأن تعافينا وإياهم، وأن تقبل منا ومنهم، وأن تجاوز عنا وعنهم؛ فإننا آمنا بما أنزلت واتبعنا الرسول، فاكتبنا مع الشاهدين. [فر، ((الضعيفة)) (5986)].

(Sangat Lemah)
Daripada Abi Sa’id al-Khudri RA berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila selesai menunaikan solatnya akan berdoa: Ya Allah! Aku memohon dengan hak orang yang memohon ke atas-Mu kerana bagi yang memohon itu ke atas-Mu terdapat hak. Mana-mana hamba lelaki atau wanita, yang di darat atau di laut, Kau terimalah doa mereka, makbulkanlah doa mereka, himpunkanlah kami dalam kebaikan yang didoakan kepada-Mu dan masukkanlah mereka dalam kebaikan doa kami. Engkau kurniakanlah kesejahteraan kepada kami dan mereka, Engkau terimalah kami dan juga mereka, Engkau ampunilah kami dan mereka kerana sesungguhnya kami beriman dengan apa yang Engkau turunkan dan kami mengikut rasul serta jadikanlah kami orang yang menjadi saksi. [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5986]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.