Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كانَ يقولُ إذا قَضى صلاتَهُ: اللهُمَّ! بحقِّ السَّائلينَ عليكَ؛ فإنَّ للسائِلِ عليكَ حقًّا، أيُّما عبدٍ أو أمَةٍ من أهلِ البَرِّ والبحرِ تقبَّلتَ دعوتَهم، واستجبتَ دعاءَهم: أن تُشرِكَنا في صالِح ما يدعونَكَ، وأن تُشرِكَهم في صالحِ ما ندعوكَ فيهِ، وأن تعافِيَنا وإيَّاهُم، وأن تَقبَلَ منا ومنهُم، وأن تَجاوَزَ عنَّا وعنهُم؛ فإنَّنا آمنَّا بما أنزلتَ واتبَّعنا الرَّسولَ، فاكتُبنا مع الشَّاهدينَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila selesai menunaikan solatnya akan berdoa: Ya Allah! Aku memohon dengan hak orang yang memohon ke atas-Mu kerana bagi yang memohon itu ke atas-Mu terdapat hak. Mana-mana hamba lelaki atau wanita, yang di darat atau di laut, Engkau terimalah doa mereka, makbulkanlah doa mereka, himpunkanlah kami dalam kebaikan yang didoakan kepada-Mu dan masukkanlah mereka dalam kebaikan doa kami. Engkau kurniakanlah kesejahteraan kepada kami dan mereka, Engkau terimalah kami dan juga mereka, Engkau ampunilah kami dan mereka kerana sesungguhnya kami beriman dengan apa yang Engkau turunkan dan kami mengikut rasul serta jadikanlah kami orang yang menjadi saksi.
Sahabat Perawi
- Abi Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1536, hadis no. 7797. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Lemah) Daripada Abi Sa'id al-Khudri RA berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila selesai menunaikan solatnya akan berdoa: Ya Allah! Aku memohon dengan hak orang yang memohon ke atas-Mu kerana bagi yang memohon itu ke atas-Mu terdapat hak. Mana-mana hamba lelaki atau wanita, yang di darat atau di laut, Kau terimalah doa mereka, makbulkanlah doa mereka, himpunkanlah kami dalam kebaikan yang didoakan kepada-Mu dan masukkanlah mereka dalam kebaikan doa kami. Engkau kurniakanlah kesejahteraan kepada kami dan mereka, Engkau terimalah kami dan juga mereka, Engkau ampunilah kami dan mereka kerana sesungguhnya kami beriman dengan apa yang Engkau turunkan dan kami mengikut rasul serta jadikanlah kami orang yang menjadi saksi. [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5986]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman