Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila diucapkan salam kepada Baginda ketika Baginda bersama dengan para sahabat, mereka akan mengatakan: Assalamu ‘alaikum

TEKS BAHASA ARAB

إن – رسول الله – صلى الله عليه وسلم – كان إذا سلم عليه وهو في القوم؛ قالوا: السلام عليكم. وإذا كان وحده؛ قالوا: السلام عليك يا رسول الله!.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila diucapkan salam kepada Baginda ketika Baginda bersama dengan para sahabat, mereka akan mengatakan: Assalamu ‘alaikum. Manakala sekiranya Baginda bersendirian, mereka akan mengatakan: Assalamu’alaika, wahai Rasulullah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 225, hadis nombor 1194. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن شيخ يقال له: إسحاق قال: دخل ابن سيرين على ابن هبيرة وعنده الناس، فقال: السلام عليكم. فغضب ابن هبيرة. وأرسل إليه، فدخل على ابن هبيرة وهو وحده، فقال: السلام عليك أيها الأمير! فقال ابن هبيرة: جئتني وعندي الناس، فقلت: السلام عليكم. وجئت الآن فقلت: السلام عليك أيها الأمير؟! فقال ابن سيرين: إن رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((كان إذا سلم عليه وهو في القوم؛ قالوا: السلام عليكم. وإذا كان وحده؛ قالوا: السلام عليك يا رسول الله!)). [هب، ((الضعيفة)) (5753)]

(Lemah)
Daripada seorang tua yang disebut namanya sebagai Ishak, beliau berkata: Ibn Sirin masuk bertemu dengan Ibn Hubairah dan di sisi beliau ada orang ramai. Lalu beliau berkata: Assalamu’alaikum. Maka Ibn Hubairah pun berasa marah. Lalu diutuskan surat (untuk beliau bertemu dengan Ibn Hubairah). Kemudian Ibn Sirin masuk ketika Ibn Hubairah sedang duduk seorang diri, dan beliau berkata: Assalamu ‘alaika wahai Amir (pemimpin). Maka Ibn Hubairah pun berkata: Kau datang kepadaku ketika aku bersama dengan orang ramai, lalu kamu berkata: Assalamu’alaikum. Sekarang kau datang kepadaku lalu kau berkata: Assalamu ‘alaika wahai Amir (pemimpin)? Maka Ibn Sirin berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila diucapkan salam kepada Baginda ketika Baginda bersama dengan para sahabat, mereka akan mengatakan: Assalamu ‘alaikum. Manakala sekiranya Baginda bersendirian, mereka akan mengatakan: Assalamu’alaika, wahai Rasulullah.
[Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5753]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs