Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن - رسول الله - صلى الله عليه وسلم - كانَ إذا سلِّمَ عليْهِ وَهوَ في القومِ قالوا السَّلامُ عليْكم وإذا كانَ وحدَهُ قالوا السَّلامُ عليْكَ يا رسولَ اللَّهِ!.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila diucapkan salam kepada Baginda ketika Baginda bersama dengan para sahabat, mereka akan mengatakan: Assalamu ‘alaikum. Manakala sekiranya Baginda bersendirian, mereka akan mengatakan: Assalamu’alaika, wahai Rasulullah.
Sahabat Perawi
- Ishak
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 225, hadis no. 1194. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن شيخ يقال له: إسحاق قال: دخل ابن سيرين على ابن هبيرة وعنده الناس، فقال: السلام عليكم. فغضب ابن هبيرة. وأرسل إليه، فدخل على ابن هبيرة وهو وحده، فقال: السلام عليك أيها الأمير! فقال ابن هبيرة: جئتني وعندي الناس، فقلت: السلام عليكم. وجئت الآن فقلت: السلام عليك أيها الأمير؟! فقال ابن سيرين: إن رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((كان إذا سلم عليه وهو في القوم؛ قالوا: السلام عليكم. وإذا كان وحده؛ قالوا: السلام عليك يا رسول الله!)). [هب، ((الضعيفة)) (5753)]
(Daif) Daripada seorang tua yang disebut namanya sebagai Ishak, beliau berkata: Ibn Sirin masuk bertemu dengan Ibn Hubairah dan di sisi beliau ada orang ramai. Lalu beliau berkata: Assalamu’alaikum. Maka Ibn Hubairah pun berasa marah. Lalu diutuskan surat (untuk beliau bertemu dengan Ibn Hubairah). Kemudian Ibn Sirin masuk ketika Ibn Hubairah sedang duduk seorang diri, dan beliau berkata: Assalamu ‘alaika wahai Amir (pemimpin). Maka Ibn Hubairah pun berkata: Kau datang kepadaku ketika aku bersama dengan orang ramai, lalu kamu berkata: Assalamu’alaikum. Sekarang kau datang kepadaku lalu kau berkata: Assalamu ‘alaika wahai Amir (pemimpin)? Maka Ibn Sirin berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila diucapkan salam kepada Baginda ketika Baginda bersama dengan para sahabat, mereka akan mengatakan: Assalamu ‘alaikum. Manakala sekiranya Baginda bersendirian, mereka akan mengatakan: Assalamu’alaika, wahai Rasulullah. [Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5753]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman