Sesungguhnya Rasulullah ﷺ mengharamkan daripada bangkai itu, dagingnya sahaja

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إنما حرم رسول الله ﷺ من الميتة لحمها، وأما الجلد والشعر والصوف؛ فلا بأس به.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Rasulullah ﷺ mengharamkan daripada bangkai itu, dagingnya sahaja. Adapun kulit, bulu dan bulu biri-biri, maka tidaklah mengapa dengannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 411, hadis nombor 2209. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: «إنما حرم رسولُ اللهِ ﷺ من الميتةِ لحمَها، وأما الجلدُ والشعرُ والصوفُ؛ فلا بأسَ به». [قط، هق، «الضعيفة» (4847)].

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: "Sesungguhnya Rasulullah ﷺ mengharamkan daripada bangkai itu, dagingnya sahaja. Adapun kulit, bulu dan bulu biri-biri, maka tidaklah mengapa dengannya". [Riwayat al-Dāraquṭnī dalam Sunannya dan al-Bayhaqī dalam al-Sunan al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4847].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.