TEKS BAHASA ARAB
حديث: أنه صلى الله عليه وسلم كان يدعو على الجراد: اللهم اقتل كباره وأهلك صغاره وأفسد بيضه واقطع دابره خذ بأفواهه عن معايشنا وأرزاقنا إنك سميع الدعاء فقال رجل يا رسول الله: تدعو على جند من أجناد الله بقطع دابره؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم إنما الجراد نثرة حوت في البحر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesungguhnya Rasullullah SAW pernah berdoa terhadap belalang: Ya Allah, hapuskanlah ibu bapanya, hancurkanlah anak-anaknya, dan musnahkanlah telurnya, dan binasakanlah asal keturunannya, ambillah mulut-mulutnya dari menganggu kehidupan kami, dan rezeki rezeki kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar permintaan kami. Lalu seorang lelaki bertanya: Wahai Rasullullah SAW engkau berdoa ke atas kehancuran tentera-tentera Allah dengan dihapuskan kesemuanya? Lalu Rasullullah SAW berkata: Sesungguhnya belalang itu hamburan ikan paus di laut.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 174, hadis nombor 50. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الخطيب عن جابر وأنس مرفوعا.
وفي إسناده: موسى بن محمد بن إبراهيم التيمي وهو متروك.
قال في اللآلىء: أخرجه ابن ماجه به.
Al-Khatib meriwayatkan dari Jabir dan Anas secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW).
Pada sanadnya terdapat Musa bin Muhammad bin Ibrahim al-Tamimi sedangkan dia seorang matruk (terlalu daif).
Al-Suyuthi berkata di dalam kitabnya al-La’ali’: Ibn Majah meriwayatkan hadith ini.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.