Sesungguhnya Rasullullah SAW makan dengan menggunakan seluruh tapak tangannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: إنه كان صلى الله عليه وآله وسلم يأكل بكفه كلها .

 

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya Rasullullah SAW makan dengan menggunakan seluruh tapak tangannya.

 

STATUS

Terdapat Perawi Tidak Dikenali Pada Sanadnya

 

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 157, hadis nombor 9. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

 

ذكره في اللآلىء عن امرأته عن أبيها، وهما مجهولان. وقال: المرأة هي ابنة عمه محمد بن مسلم الزهري الإمام المشهور، بين ذلك البيهقي في الشعب.

Imam al-Suyuti menyebutkan dalam kitab al-La’ali’, sanad daripada isterinya daripada bapanya, dan kedua-dua ini tidak dikenali. Al-Suyuthi berkata perempuan tersebut adalah anak perempuan bapa saudaranya Muhammad bin Muslim al-Zuhri seorang Imam yang masyhur, Imam al-Baihaqi menerangkan perkara tersebut di dalam kitabnya al-Syu’ab.

 

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

 

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

 

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

 

beacon