Sesungguhnya Rasullullah SAW kagum melihat burung merpati merah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعجبه النظر إلى الحمام الأحمر.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya Rasullullah SAW kagum melihat burung merpati merah.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 173-174, hadis nombor 47. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن حبان عن علي مرفوعا .
وفي لفظ للحاكم من حديث عائشة: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب النظر إلى الخضرة وإلى الأترج وإلى الحمام الأحمر .
وفي إسناد الأول والآخر: من يروي الموضوعات.
وفي لفظ: اتخذوا الحمام في بيوتكم فإنها تلهي الجن عن صبيانكم وهو موضوع آفته: محمد بن زياد [الميموني] .
وروى ابن عدي عن علي رضي الله عنه: أنه شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم الوحشة فقال: لو اتخذت زوجا من الحمام فآنسك وأصبت من أفراخه.
وفي إسناده: كذابان .
وروى الخطيب نحوه عن ابن عباس مرفوعا. من طريق محمد بن زياد المذكور.
ورواه الطبراني عند عبادة بن الصامت مرفوعا وفي إسناده: الصلت ابن الحجاج وهو منكر الحديث وقد ذكره ابن حبان في الثقات وله طرق أخرى .

Ibn Hibban meriwayatkan daripada Ali secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW).
Dan pada lafaz riwayat Al-Hakim daripada hadith Aisyah RA: Sesungguhnya Rasullullah SAW suka melihat kehijauan, buah utrujjah (seperti buah limau dan berbau wangi) dan merpati merah.
Pada sanad yang pertama dan yang kedua terdapat perawi yang meriwayatkan hadith-hadith palsu.
Pada lafaz ini: Peliharalah burung merpati di rumah-rumah kamu, sesungguhnya ia mampu mengalihkan jin daripada mengganggu anak-anak kecil kamu dan ia adalah hadith palsu. Kecacatannya ialah [pada perawi bernama] Muhammad bin Ziyad (al-Maimuni).
Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Ali RA: Sesungguhnya dia telah mengadu kepada Rasullullah SAW tentang kesunyian, lalu baginda berkata: Sekiranya kamu memelihara sepasang burung merpati, maka ia akan menemanimu dan kamu akan mendapat dari anak-anaknya.
Pada sanadnya terdapat dua perawi pendusta.
Al-Khatib meriwayatkan daripada Ibn Abbas secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW) dari jalan Muhammad bin Ziyad seperti yang telah disebutkan.
Al-Tabarani meriwayatkan di sisi Ubadah bin Somit secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW), dan pada sanadnya terdapat al-Salt Ibn al-Hajjaj yang dihukumkan sebagai munkar al-hadith sedangkan Ibn Hibban menyebutkannya dalam kitabnya al-Thiqat dan baginya jalan-jalan riwayat lain.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs