Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعجبه النظر إلى الحمام الأحمر.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Sesungguhnya Rasullullah SAW kagum melihat burung merpati merah.
Sahabat Perawi
- Aisyah RA
- Ali bin Abi Talib RA
- Ibn Abbas RA
- 'Ubadah bin al-Samit RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 173-174, hadis no. 47. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ibn Hibban meriwayatkan daripada Ali secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW). Dan pada lafaz riwayat Al-Hakim daripada hadith Aisyah RA: Sesungguhnya Rasullullah SAW suka melihat kehijauan, buah utrujjah (seperti buah limau dan berbau wangi) dan merpati merah. Pada sanad yang pertama dan yang kedua terdapat perawi yang meriwayatkan hadith-hadith palsu. Pada lafaz ini: Peliharalah burung merpati di rumah-rumah kamu, sesungguhnya ia mampu mengalihkan jin daripada mengganggu anak-anak kecil kamu dan ia adalah hadith palsu. Kecacatannya ialah [pada perawi bernama] Muhammad bin Ziyad (al-Maimuni). Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Ali RA: Sesungguhnya dia telah mengadu kepada Rasullullah SAW tentang kesunyian, lalu baginda berkata: Sekiranya kamu memelihara sepasang burung merpati, maka ia akan menemanimu dan kamu akan mendapat dari anak-anaknya. Pada sanadnya terdapat dua perawi pendusta. Al-Khatib meriwayatkan daripada Ibn Abbas secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW) dari jalan Muhammad bin Ziyad seperti yang telah disebutkan. Al-Tabarani meriwayatkan di sisi Ubadah bin Somit secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW), dan pada sanadnya terdapat al-Salt Ibn al-Hajjaj yang dihukumkan sebagai munkar al-hadith sedangkan Ibn Hibban menyebutkannya dalam kitabnya al-Thiqat dan baginya jalan-jalan riwayat lain.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman