TEKS BAHASA ARAB
إن هذه الرياحين الطيبة من نبت الجنة، فإذا نوول أحدكم منها شيئا؛ فلا يرده.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Raihan yang wangi ini merupakan antara tumbuhan syurga. Sekiranya salah seorang kamu diberikannya, janganlah dia menolaknya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 232, hadis nombor 1229. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – أنه رأى رجلا ناوله رجل ريحانة، فردها، فأخذها ابن عمر فقبلها ووضعها على عينيه ثم قال: ((إن هذه الرياحين الطيبة من نبت الجنة، فإذا نوول أحدكم منها شيئا؛ فلا يرده)). [السلفي في ((المنتخب من أصول الشيخ أبي محمد السراج اللغوي))، الذهبي في ((السير))، ((الضعيفة)) (6384)]
(Palsu)
Daripada Ibn ‘Umar RA bahawasanya dia melihat seorang lelaki menghulurkan tangkai yang berbau harum kepada lelaki lain, lalu lelaki itu menolaknya. Kemudian ia diambil oleh Ibn ‘Umar, beliau menciumnya dan meletakkannya di atas kedua matanya. Kemudian beliau berkata: Sesungguhnya Raihan yang wangi ini merupakan antara tumbuhan syurga. Sekiranya salah seorang kamu diberikannya, janganlah dia menolaknya.
[Riwayat al-Silafi dalam al-Muntakhab Min Usul al-Syaikh Abi Muhammad al-Siraj al-Lughawi, dan al-Zahabi dalam al-Siyar. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6384]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.