Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ الرَّحمةَ لا تَنزلُ علَى قومٍ فيهِم قاطعُ رحِمٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya rahmat tidak akan turun ke atas sebuah kaum yang terdapat pada mereka orang yang memutuskan silaturahim.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abu Awfa RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 180, hadis no. 917. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدّاً) عن عبدالله بن أبي أوفى - رضي الله عنه - عن النبي ﷺ قال: إن الرحمة لا تنزل على قوم فيهم قاطع رحم. [خد، ((الضعيفة)) (1456)]
(Terlalu Daif) Daripada Abdullah bin Abu Awfa RA daripada Nabi SAW baginda bersabda: Sesungguhnya rahmat tidak akan turun ke atas sebuah kaum yang terdapat di dalam mereka seseorang yang memutuskan silaturahim. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 1456]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman